Friday, April 10, 2009

Assalamualaikum,
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih yag tak terhingga di atas kesetiaan anda yang menjadi pengedar dan pastinya berita gembira yang kami sampaikan baru-baru ini memberi satu peluang lagi kepada anda untuk terus berniaga. Teruskan membuat tempahan, dan insyaallah kami akan bantu anda jika ada sebarang masalah!
Kepada yang baru melawat blog ini, selamat datang, dan cuba-cubalah membaca dan meneliti tawaran yang kami sediakan untuk membantu anda berniaga secara kecil-kecilan dengan modal yang berpatutan.
Sesungguhnya rezeki kita ditetapkan oleh Allah, kita sebagai manusia dan hamba kepadaNya, perlulah sentiasa berusaha untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Rezeki tidak datang bergolek, sebaliknya kita yang dikurniakan kesempurnaan fizikal perlu bersyukur kerana kita mampu mencari wang dengan kudrat sendiri.
Wallau A'lam....

No comments: